Mukhadimah

hait!!tersangat lah sedeyh sebab susah sangat2 nak smbg cita tu..tapi tu la..nanti2 la rias cari masa nk buat cerita tu yerp..:)

18 December, 2010

Sorry.I didn't mean it.-1-

Keriuhan  kelas   4 Delima  langsung  tak  menganggu  tumpuan  Nur  Sumayyah  yang  ralit  mencatit  nota  Akaun  agar  senang  untuk  diulangkaji.Lagipun  dia  sedang  mendengar  MP3  player.Memang  begitulah  perangai  dia.Katanya,’Baru  senang  masuk kepala.’Nur Adila  yang  rancak  bersembang  dengan  Daniel  tiba-tiba  terdiam  memandang  kearah  pintu  kelas.
“Ehem  ehem.!!Rancak  bersembang?Dah  habis?”Cikgu  Fahina  menyindir.
Yang  membuatkan  Adila  terdiam  bukanlah  sebab  Cikgu  Fahina, tapi  pelajar  lelaki  yang  berada  di  sebelah  cikgu  tu.Sumayyah  yang  tidak  sedar  bahawa  guru Ekonominya  sudah  masuk  ke dalam  kelas  masih  ralit  mencatit nota.
 “Okey.Homework?”Cikgu  Fahina  bertanya  dengan  senyuman yang  tak  pernah  lekang  dari  bibirnya.
“Amboi ,cikgu tak sabar-sabar  nak  mintak homework!Kalau ya pun  cikgu introduce la  dulu  budak  yang  dok  berdiri  sebelah  cikgu tu.Tak kan dah  habis  kelas  baru  cikgu  nak  introduce..Penat la dia kena berdiri....”Daniel   tetap dengan  loyaq  buruk  dia.
“La…lupa…ni  budak  baru ..Introduce yourself.”Cikgu Fahina  mengarah  pelajar  lelaki  itu.
My name is Muhammad  Fahmi Iskandar bin Muhammad.You all can call me..ermm..anything what you want to call.Before I  come here I studied at Sekolah Menengah Kebangsaan  Kepala Batas.Dekat ja.okay.I think that’s all.”Fahmi  memperkenalkan diri.
“Nak panggil  sayang boleh?”Adila  mula  menunjukkan  perangai  dia  yang  miang.Riuh  satu  kelas dengan  ketawa. 
“Dah  Adila..Jangan nak  gatal  sangat.Tahun depan SPM..”Cikgu  Fahina  memberi  amaran.
“Nak  nombor  phone?”entah  dari  mana  suara  tu  datang  pon  tak  tahu.
“Sudah..Apa la ..Dia baru ja mai sekolah ni..Ok Fahmi..You  can  take  your  sit…beside….”Cikgu  Fahina  memandang  keseluruh  kelas.
“Sumayyah.Sumayyah..Ubah beg awak tu..Nur Sumayyah binti  Muhammad  Irham!?”Cikgu  Fahina memperkuatkan suaranya.
Sumayyah  buat  dekkk   ja.Bukan  dia  kurang  ajar, tapi  dia  tak  dengar   apa  yang  cikgu  kata  sebab  volume MP3 nya  terlalu kuat.
“Sumayyah??Sumayyah.?!”Cikgu  Fahina  meningkatkan volume  suaranya.
Sumayyah  masih  lagi  tekun  mencatit  nota.Tadi  dia  sudah  nampak  cikgu  cakap, tapi  dia  malas  nak  mendengar  sebab dia  tahu  cikgu  tengah  sibuk  introduce  budak  baru .Dia malas  nak  ambil  tahu.
“Woi!!Cikgu  Fahina  suruh tu.!”Adila  menepuk  meja  Sumayyah  dari  depan.
“Oh  mak engkau..woi!!Apa ni..?”Sumayyah  melatah  dan  terus  memarahi  Adila.
“Buang  earphone  hang…”Adila  buat  muka  tak  puas  hati.Orang  dah  kejutkan  dia  marah  orang  lak.
“Apa?”Sumayyah  tanya  sambil    buang  earphone  daripada telinganya  yang  berada  di dalam  tudung.
“Tu la hang…Cikgu  cakap  dok  dengaq  MP 3  tak habih-habih.Cikgu  suruh  ubah  beg  hang tu..Budak  baru  nak  duduk.”
“hah??Eh..Cik..cikgu…ni..ni  kan tempat Alia..”Sumayyah  bersuara  dengan nada  tak  senang.Dia  tak  suka  lelaki  duduk  tepi  dia.
“Sumayyah..Alia  kan  dah  tukar ..Dia  nak  ambil  aliran  Sains..”Cikgu  Fahina  bersuara.
“Tapi..kan dia kata  nak  try  ja…”
“No give and take now..Fahmi..Take your sit..”Cikgu Fahina  memotong  percakapan Sumayyah.
Sumayyah  menarik  perlahan-lahan  begnya  dari  kerusi  lalu  meletakkannya  di  atas  kerusinya  sendiri.
“Fahmi.”Fahmi  menghulurkan  tangan sambil tersenyum manis.Sumayah  hanya  memandang  sepi .”Aku ni  Islam  la  ngok!”Nasib baik  hanya  di  hati.Fahmi  menarik  kembali  tangannya, dalam  hati dok  sumpah  serana  ‘harap  muka  ja  cantik..Perangai..Ya Rabbi..eh..sat..patot la..dia ni Islam laa ngok!!Mana nak pi sentuh tangan hang..Ish ish ish...Aku yang silap’Fahmi  senyum sendirian.
*******************
“Aku nak pi  library.Hampa nak ikut?”Sumayyah  bertanya.
“Aku on ja.Eh..hang  jaga library  ka  hari  ni?”Daniel tanya balik.Sumayyah  mengangguk.
“Aku pun sama..”jawab  Alia  dan  Adila  hampir  serentak.Alia dan Adila  kembar  tak  seiras.Tarikh lahirnya sama , Cuma  masa ja lain sikit.
“Tapi…aku nak pi  Ko'op(koperasi)  lu..Beli air kotak..”Alia bersuara.
“Adik ikut..Pelase..”rengek  Adila.Alia ,Sumayyah dan  Daniel  tersenyum  melihat  karenah  Adila.
“Daniel…sat  gi  tolong  cari  kat  aku  buku  rujukan  ‘Add  Math’  sat..”Sumayyah   berkata  sambil mengangkat  kening.Daniel buat muka seposen.
“Please..”
“Ya la ya la…Nasib la  hang  ni  sepupu  aku.Kalau tak  jangan  harap.”
“Tu yang  buat  aku  sayang  kat  hang  tu..hihihi”Seloroh Sumayyah  sambil  menyumbat  earphone ke telinga  dari  dalam  tudung.
Lagu 'Kalau Berpacaran' yang dinyanyikan oleh Ana Rafali dan Mior Hassan  itu sangat melucukan bagi Sumayyah.Tanpa sedar Sumayyah  tersenyum .Ya la..Mana  boleh  lupa.Hari Ahad  minggu lepas  dia  dengan  kakak  dia  pergi Jusco.Ada la  couple ni..Dok pegang-pegang tangan.Sumayyah  dengan idea nakalnya  suruh  kakaknya  bukak  lagu  tu.Bukak full volume.Gabung  dengan  handphone dia.Laki yang  tengah  dok  pegang  tangan  awek  dia  tu dan-dan  lepas.Hahahaha.Tau takut.Hihihi.Daniel  tengok  Sumayah  pelik.’Sewel ka sepupu aku ni?’
**************
“Kak..tadikan ada budak  baru  masuk  kelas  kami..”Adila  membuka  cerita semasa  memilih air kotak di dalam ko'op.  
“Ah…tadi  kak  nampak  jugak.Dia  ikut Cikgu  Fahina.Handsome gak..Bagi adik?”kelas  4 Permata  sebelah  kelas 4 Delima.Tak hairanlah Alia juga nampak.
Handsomeee..!!!!”Adila  tarik  handsome  tu enam  harakat .Menunjukkan  betapa  hendsomenya  kehendsomeman  Fahmi.
“Nama apa?”
“Muhammad  Fahmi  Iskandar  bin Muhammad”Ceh..sebut  nama  panjang  tu.
“Panggil?”
“Entah la..dia cakap ‘You all can call  me..erm..anything what you want to call.jawab Adila  sambil  menggaraukan suaranya  semasa  mengulangi  kata-kata Fahmi.
Meletus ketawa kembar tak seiras tu di dalam koperasi.Semua mata memandang mereka..Mereka tunduk menekur lantai.Malu sendiri.Selepas  bayar Adila menyambung.
“Ha..Kak..Dia  kena  dok  sebelah  Sumayyah..Kak  tau  la  kan.Sebelah  Sumaah  tu kan  tempat duduk  kak  dulu.Sumayyah  tak  bagi,tapi  cikgu  suruh jugak.No give and take.Lepas tu kan kak.Dia hulur  la tangan  nak  salam  dengan  Sumayyah.Sumayyah  buat dekk  ja.Tak kan  nak  salam  dengan  laki kan?Kak  tau  la  perangai  Su..”Cerita  Adila  panjang  lebar.
“Su  mesti  baran  gila kan?”
Adila angkat  kening sambil  tersenyum.
**********
“Kad?”
“Errm..saya  budak  baru.Tak dapat  kad  lagi..”Fahmi memaklumkan  kepada  Sumayyah.
“Oh..Nama?Kelas?”Tanya Sumayyah dengan senyuman namun senyumannya terus mati apabila melihat Fahmi yang berada di depannya.Dia selalunya murah dengan senyuman nanum tak tau la kenapa di depan Fahmi dia langsung tak berselera nak sedekahkan senyuman dia tu.
“Eh..tak kan tak  tau?Kan  saya  baru  cakap  tadi  masa  kat  kelas.”
“Oh..Aku  tak  dengar.”jawab  Sumayyah  selamba.Memang kenyataanya begitu.
“Muhammad Fahmi  Iskandar bin  Muhammad.Kelas 4 Delima”
Sumayyah  mencatit  maklumat  tersebut  di  dalam  buku  nota.
“Esok  bawak  2 ringgit..”Sumayyah  memberi   arahan.
“Ok.”jawab Fahmi  sambil tersenyum.
*********************
“Su!!Cikgu  Asri   panggil.Bilik  kaunseling.Sekarang.Urgent!”Sumayyah  terkebil-kebil  mendengar  kata-kata  Alia yang  kelihatan  seperti   lepas  lari  pecut 200 meter.

No comments:

Post a Comment