Mukhadimah

hait!!tersangat lah sedeyh sebab susah sangat2 nak smbg cita tu..tapi tu la..nanti2 la rias cari masa nk buat cerita tu yerp..:)

15 March, 2011

penatnya.........

asalamualikum....sorry i didn't mean it tu lambat lagi la nak siap ...sebab aku ni dok asrama penuh...memang susah gila la nak carik tempat nak tulis semua ni..kalau ada pendidikan komputer pon  buat module...erm....tak dapat la aku nak buat benda yang aku suka....alamatnya..coz..masa prep buat keja skola ja keja..prep malam pon sama...revision cofirm tak sempat...prepation for tomorrow..jangan kata la...membosankan la hidup kat skola...for yang tegah tunggu aku sambung tu...sorry la erk..lambat lagi...sorry...:)but...ada satu berita sedih...mathematics aku tak boleh ikut la,...why??aku pon tak tau kenapa..mabe sebab cikgu yang langsung membosankan..kalau aku tanya tu...memang....dah la...bubye...

18 December, 2010

Sorry.I didn't mean it.-2-

“Amir..take over.”Sumayyah  menyuruh  budak  form two sambil  tersenyum.Amir  membalas  senyuman  Sumayyah.
Apa  la  yang cikgu nak suruh  aku  buat ni?Fikiran Sumayyah  tak tenang .Tak kan cikgu nak suruh aku jadik…Huh!Mintak simpang malaikat 44..Dia sudah sampai de pintu gerbang bilik kaunseling.Bismillahirohmanirohim.
 “Asalamualaikum!!”
“Ha..Sumayyah..masuk..masuk..”Cikgu  Asri  mempelawaku  masuk.
Ceria ja suara cikgu.Ada berita best ka?Aik?Budak  baru  ni  pun  ada  kat  sini?
“Ada  apa  cikgu?”
“Dak..ni..Radio  sekolah..lama  dah  tak  aktif..Cikgu  nak  la  suruh  kamu  dengan  Fahmi  ni.Si  Fahmi  ni  ada  sijil  jadi  DJ radio  sekolah.Cikgu  nak  try  la  kamu  dengan  dia..Boleh?”
Dah  agak dah….huh..”Cikgu..kan  saya  kena  jaga  library…macam  mana  saya  nak  jaga dua-dua  sekali?”
“Oh..pasai  tu  kamu  jangan  risau..Cikgu  dah  mintak  kebenaran  Cikgu  Azlinaton.Hari  Khamis  kamu  bertugas kan?Hari tu..radio  sekolah  tak  aktif.Boleh?”
“Ala  cikgu..budak  tahun  lepas  kan  ada…kalau  saya  ambik  jawatan  depa..depa nak  ada  jawatan apa?Nanti  depa  kata  saya  ni  tamak  pulak..”Sumayyah  memberi  alasan..
“Ohh..Cikgu  dah  tanya  depa..Depa  kata  depa  tak  kisah.So?Tak  dak  alasan  lagi  kan?”
Otak  Sumayyah  ligat  mencari  alasan  yang  lebih  logik..yes!Dapat!
“La..cikgu…Tahun  depan  kan  SPM..Nanti  kalau  saya  tak  dapat  focus?Ha.Macam  mana?
“Ya  tak  ya  jugak ..hem..ala..result  PMR  kamu  pun  bukannya  teruk pun..Bagus  lagi  ada.Terbagus lak tu.8A..Kamu  tu  ja  yang  tak  mau  masuk  Sekolah  Berasrama  Penuh.Nanti  tak boleh  makan  masakan  Cik Timah la.Macam-macam alasan..Dah..keputusan  cikgu  muktamad.Esok  mula ok?”
“Ala cikgu..yang  tu  lain.ni  lain..please…Alia  ada…suruh  la  dia..”
“Cikgu  dah  tanya  dia..Dia  yang  suggest kamu..Dah..keluar..”
Cehh..Alia buat suspen..“Ok la Ok la…but..Daniel  ikut..”kata  Sumayyah  dengan  tersenyum  macam  kerang  busuk.
“Ok..”jawab Cikgu Asri.Sumayyah memang tak boleh berenggang dengan Daniel.Sepupu la katakan..
“Sayang  cikgu!!”Sumayyah  tersenyum  puas.
Fahmi  tersenyum  melihat  karenah  rakan  sekelasnya.Fahmi  melihat  Sumayah.Sumayyah  yang  perasan  tingkah laku  Fahmi  terus  mematikan  senyuman.Entah  kenapa  dia  dingin  dengan  Fahmi.Padahal,  ia  la  orang  paling  ramah  kat  sekolah  ni.Mau  tak nya.Hampir  semua  orang  yang  berselisih  disalamnya  kecuali  lelaki, tapi masih saja disapanya.Ramah-ramah  pun  masih  jaga  batas  tau.
************************
“DANIELLLLLLLLLLLLLLL!!!!!!!”Sumayyah  menjerit nama Daniel  sebaik  saja  sampai  di  depan  kelas.
“Ehem..ehem…Wa’alaikumusalam..”Perli.
“ops!!Asalamualaikumwarohmatullahhiwabarokatuh  Cikgu   Sukri  yang  handsome,  kacak,  tampan dan  sungguh  tinggi  akhlaknya . Segala  ciri-ciri  yang  ada  kat   jejaka   melayu  terakhir  ada  kat cikgu. Boleh cikgu handsome   benarkan  saya  masuk  ke  dalam  kelas  cikgu  handsome?Maaflah jikalau  saya menganggu   proses  pengajaran  dan  pembelajaran  cikgu.”Lawak  Sumayyah.Dia  memang  rapat  dengan  Cikgu Sukri.
Satu kelas ketawa mendengar bicara Sumayyah yang begitu skema.
“Wa’alaikumusalamwarohmatullahiwabarokatuh..Puteri  Cantik  ni  bernama  apa  ya?Sungguh sopan  bicaranya. Terima kasihlah Puteri  Cantik  kerana  sudi  untuk  mengikuti  apa  yang  hamba  akan  ajarkan.Tetapi,  mengapakah  Puteri  Cantik  lambat  hadir  ke  kelas   hamba?Mengapa  Puteri  Cantik  menjerit  seperti  itu  sebentar  tadi.?Dan..mengapa  jejaka  yang  tak  kurang  kacaknya  ini  ada  bersama   puteri?Puteri  pergi  dating ya?Hum..Hancur hati hamba  melihat  puteri  bersama  dirinya..”
Satu  kelas  ketawa  tak  henti-henti  menlihat  lakonan  Sumayyah  dengan  Cikgu Sukri.Fahmi juga tidak ketinggalan.
“Wahai  jejaka  kacak..Sungguh  banyak  soalan  jejaka  kacak..Nama  hamba   Nur Sumayyah binti Muhammad  Irham.Terima kasih atas pujian tuan hamba.Hamba  lambat  kerana  harus  berjumpa  jejaka yang  tak  kalah  juga  kacaknya  di  bilik  kaunseling.Ada  hal  sedikit.Semasa  saya   masuk  ke  dalam  bilik  tersebut,  jejaka  yang  tidak  dikenali  ini  sudahpun  berada  di dalam  bilik  kaunseling .Kami berdua  bukan   pergi  dating.. jadi..janganlah  tuan  hamba  risau  atau  hancurkan  hati  tuan  hamba.Hamba  juga  tidak  ingin  berdating dengan  orang  yang  tidak  dikenali.”ujar Sumayyah  masih  melakonkan  watak  yang  diberikan .
Kelas  4 Delima  masih  riuh  dengan  gelak  tawa.
“Dah  dah  dah…you can take your sit  my  dear..”ujar Cikgu Sukri  dengan senyuman yang  manis  semanis  gula.Fahmi  mengikuti  Sumayyah.
“Eh..sapa  benarkan  awak  masuk?”Tanya  Cikgu Sukri  dengan wajah serius.
“Er..er…a…”Fahmi  sudah  terketar-ketar.’Cikgu ni.Jangan la buat aku macam ni..Tadi dengan Sumayyah  ok ja.’Cikgu Sukri  masih  membuat  muka  serius.Nampak  garang  ja  cikgu  ni.Kalau  macam  tadi  kan  handsome.Gumam hati  Fahmi.Sebaik  sahaja   Sumayyah  duduk   dia  terus  menyumbat  earphone.Tapi  kali  ini  dia  hanya  membuka  petikan  gitar.Rasa  macam…Entah lah.Seronok..
“Jawab la..Sapa  suruh  awak  duduk?”Tanya  Cikgu Sukri  masih  dengan  muka  seriusnya.
“Er…tak  ..tak  dak  sapa  cikgu..”jawab  Fahmi  terketar-ketar.
“Habis    tu  kenapa  awak  ikut  Sumayyah?”
“Ermm….”Fahmi  mengigit  bibir.
 “Kot ya pun..Story  la  sikit  cerita  awak  tu  kat  saya.Ni  nama  awak  pun  saya  tak  tau  lagi.”Cikgu  Sukri  tersenyum.Seronok  pekena   pelajarnya  yang  Nampak  macho..tapi..kecut..Ya la..selalunya  budak  form 4  ni dah  pandai  menjawab.
“Oh..ingat apa tadi…Buat  ketar  saya  ja  cikgu  ni..Muhammad  Fahmi Iskandar  bin Muhammad.Dulu  sekolah   kat  Kepala  Batas.Tukar  sebab  ayah  saya  tukaq  tempat  kerja.”
“Ayah  awak  kerja  apa?”soal  Cikgu Sukri.
“Hm…pemandu  teksi..”jawab  Fahmi tenang.Ya la..Bukan  pekerjaan  ayah  dia  yang  sebenar pun.Ayah  Fahmi  ialah  Pakar Hati.
“Oh…Dah  pergi  duduk..”
Sumayyah  yang  mendengar  kata-kata  Fahmi  terus  tersenyum.Anak  teksi..Macam mana  lak  teksi    boleh  ada  anak? Eh..pemandu teksi.Barulah  la  ada  same level nak  kawan  ngan  aku.Nampak  macam  kaya.Rupanya tak.Aku aku suka kawan ngan  orang kaya yang sombong.Dia ni anak pemandu teksi ja.Boleh la nak kawan..Sumayyah  senyum  dekat  Fahmi.Fahmi  terkejut.Eh..Dia  ni senyum  sebab   ayah  aku kerja  teksi  ka  ikhlas?Fahmi  tersenyum nipis.
Walaupun ayah Sumayyah  kaya.Ya la..Pilot..mana tak kaya..tapi..dia tak suka  riak..Low profil.Dia tak pernah cakap yang ayah dia   kerja  pilot.Dia cakap ayah dia kerja pegawai ja.


Sorry.I didn't mean it.-1-

Keriuhan  kelas   4 Delima  langsung  tak  menganggu  tumpuan  Nur  Sumayyah  yang  ralit  mencatit  nota  Akaun  agar  senang  untuk  diulangkaji.Lagipun  dia  sedang  mendengar  MP3  player.Memang  begitulah  perangai  dia.Katanya,’Baru  senang  masuk kepala.’Nur Adila  yang  rancak  bersembang  dengan  Daniel  tiba-tiba  terdiam  memandang  kearah  pintu  kelas.
“Ehem  ehem.!!Rancak  bersembang?Dah  habis?”Cikgu  Fahina  menyindir.
Yang  membuatkan  Adila  terdiam  bukanlah  sebab  Cikgu  Fahina, tapi  pelajar  lelaki  yang  berada  di  sebelah  cikgu  tu.Sumayyah  yang  tidak  sedar  bahawa  guru Ekonominya  sudah  masuk  ke dalam  kelas  masih  ralit  mencatit nota.
 “Okey.Homework?”Cikgu  Fahina  bertanya  dengan  senyuman yang  tak  pernah  lekang  dari  bibirnya.
“Amboi ,cikgu tak sabar-sabar  nak  mintak homework!Kalau ya pun  cikgu introduce la  dulu  budak  yang  dok  berdiri  sebelah  cikgu tu.Tak kan dah  habis  kelas  baru  cikgu  nak  introduce..Penat la dia kena berdiri....”Daniel   tetap dengan  loyaq  buruk  dia.
“La…lupa…ni  budak  baru ..Introduce yourself.”Cikgu Fahina  mengarah  pelajar  lelaki  itu.
My name is Muhammad  Fahmi Iskandar bin Muhammad.You all can call me..ermm..anything what you want to call.Before I  come here I studied at Sekolah Menengah Kebangsaan  Kepala Batas.Dekat ja.okay.I think that’s all.”Fahmi  memperkenalkan diri.
“Nak panggil  sayang boleh?”Adila  mula  menunjukkan  perangai  dia  yang  miang.Riuh  satu  kelas dengan  ketawa. 
“Dah  Adila..Jangan nak  gatal  sangat.Tahun depan SPM..”Cikgu  Fahina  memberi  amaran.
“Nak  nombor  phone?”entah  dari  mana  suara  tu  datang  pon  tak  tahu.
“Sudah..Apa la ..Dia baru ja mai sekolah ni..Ok Fahmi..You  can  take  your  sit…beside….”Cikgu  Fahina  memandang  keseluruh  kelas.
“Sumayyah.Sumayyah..Ubah beg awak tu..Nur Sumayyah binti  Muhammad  Irham!?”Cikgu  Fahina memperkuatkan suaranya.
Sumayyah  buat  dekkk   ja.Bukan  dia  kurang  ajar, tapi  dia  tak  dengar   apa  yang  cikgu  kata  sebab  volume MP3 nya  terlalu kuat.
“Sumayyah??Sumayyah.?!”Cikgu  Fahina  meningkatkan volume  suaranya.
Sumayyah  masih  lagi  tekun  mencatit  nota.Tadi  dia  sudah  nampak  cikgu  cakap, tapi  dia  malas  nak  mendengar  sebab dia  tahu  cikgu  tengah  sibuk  introduce  budak  baru .Dia malas  nak  ambil  tahu.
“Woi!!Cikgu  Fahina  suruh tu.!”Adila  menepuk  meja  Sumayyah  dari  depan.
“Oh  mak engkau..woi!!Apa ni..?”Sumayyah  melatah  dan  terus  memarahi  Adila.
“Buang  earphone  hang…”Adila  buat  muka  tak  puas  hati.Orang  dah  kejutkan  dia  marah  orang  lak.
“Apa?”Sumayyah  tanya  sambil    buang  earphone  daripada telinganya  yang  berada  di dalam  tudung.
“Tu la hang…Cikgu  cakap  dok  dengaq  MP 3  tak habih-habih.Cikgu  suruh  ubah  beg  hang tu..Budak  baru  nak  duduk.”
“hah??Eh..Cik..cikgu…ni..ni  kan tempat Alia..”Sumayyah  bersuara  dengan nada  tak  senang.Dia  tak  suka  lelaki  duduk  tepi  dia.
“Sumayyah..Alia  kan  dah  tukar ..Dia  nak  ambil  aliran  Sains..”Cikgu  Fahina  bersuara.
“Tapi..kan dia kata  nak  try  ja…”
“No give and take now..Fahmi..Take your sit..”Cikgu Fahina  memotong  percakapan Sumayyah.
Sumayyah  menarik  perlahan-lahan  begnya  dari  kerusi  lalu  meletakkannya  di  atas  kerusinya  sendiri.
“Fahmi.”Fahmi  menghulurkan  tangan sambil tersenyum manis.Sumayah  hanya  memandang  sepi .”Aku ni  Islam  la  ngok!”Nasib baik  hanya  di  hati.Fahmi  menarik  kembali  tangannya, dalam  hati dok  sumpah  serana  ‘harap  muka  ja  cantik..Perangai..Ya Rabbi..eh..sat..patot la..dia ni Islam laa ngok!!Mana nak pi sentuh tangan hang..Ish ish ish...Aku yang silap’Fahmi  senyum sendirian.
*******************
“Aku nak pi  library.Hampa nak ikut?”Sumayyah  bertanya.
“Aku on ja.Eh..hang  jaga library  ka  hari  ni?”Daniel tanya balik.Sumayyah  mengangguk.
“Aku pun sama..”jawab  Alia  dan  Adila  hampir  serentak.Alia dan Adila  kembar  tak  seiras.Tarikh lahirnya sama , Cuma  masa ja lain sikit.
“Tapi…aku nak pi  Ko'op(koperasi)  lu..Beli air kotak..”Alia bersuara.
“Adik ikut..Pelase..”rengek  Adila.Alia ,Sumayyah dan  Daniel  tersenyum  melihat  karenah  Adila.
“Daniel…sat  gi  tolong  cari  kat  aku  buku  rujukan  ‘Add  Math’  sat..”Sumayyah   berkata  sambil mengangkat  kening.Daniel buat muka seposen.
“Please..”
“Ya la ya la…Nasib la  hang  ni  sepupu  aku.Kalau tak  jangan  harap.”
“Tu yang  buat  aku  sayang  kat  hang  tu..hihihi”Seloroh Sumayyah  sambil  menyumbat  earphone ke telinga  dari  dalam  tudung.
Lagu 'Kalau Berpacaran' yang dinyanyikan oleh Ana Rafali dan Mior Hassan  itu sangat melucukan bagi Sumayyah.Tanpa sedar Sumayyah  tersenyum .Ya la..Mana  boleh  lupa.Hari Ahad  minggu lepas  dia  dengan  kakak  dia  pergi Jusco.Ada la  couple ni..Dok pegang-pegang tangan.Sumayyah  dengan idea nakalnya  suruh  kakaknya  bukak  lagu  tu.Bukak full volume.Gabung  dengan  handphone dia.Laki yang  tengah  dok  pegang  tangan  awek  dia  tu dan-dan  lepas.Hahahaha.Tau takut.Hihihi.Daniel  tengok  Sumayah  pelik.’Sewel ka sepupu aku ni?’
**************
“Kak..tadikan ada budak  baru  masuk  kelas  kami..”Adila  membuka  cerita semasa  memilih air kotak di dalam ko'op.  
“Ah…tadi  kak  nampak  jugak.Dia  ikut Cikgu  Fahina.Handsome gak..Bagi adik?”kelas  4 Permata  sebelah  kelas 4 Delima.Tak hairanlah Alia juga nampak.
Handsomeee..!!!!”Adila  tarik  handsome  tu enam  harakat .Menunjukkan  betapa  hendsomenya  kehendsomeman  Fahmi.
“Nama apa?”
“Muhammad  Fahmi  Iskandar  bin Muhammad”Ceh..sebut  nama  panjang  tu.
“Panggil?”
“Entah la..dia cakap ‘You all can call  me..erm..anything what you want to call.jawab Adila  sambil  menggaraukan suaranya  semasa  mengulangi  kata-kata Fahmi.
Meletus ketawa kembar tak seiras tu di dalam koperasi.Semua mata memandang mereka..Mereka tunduk menekur lantai.Malu sendiri.Selepas  bayar Adila menyambung.
“Ha..Kak..Dia  kena  dok  sebelah  Sumayyah..Kak  tau  la  kan.Sebelah  Sumaah  tu kan  tempat duduk  kak  dulu.Sumayyah  tak  bagi,tapi  cikgu  suruh jugak.No give and take.Lepas tu kan kak.Dia hulur  la tangan  nak  salam  dengan  Sumayyah.Sumayyah  buat dekk  ja.Tak kan  nak  salam  dengan  laki kan?Kak  tau  la  perangai  Su..”Cerita  Adila  panjang  lebar.
“Su  mesti  baran  gila kan?”
Adila angkat  kening sambil  tersenyum.
**********
“Kad?”
“Errm..saya  budak  baru.Tak dapat  kad  lagi..”Fahmi memaklumkan  kepada  Sumayyah.
“Oh..Nama?Kelas?”Tanya Sumayyah dengan senyuman namun senyumannya terus mati apabila melihat Fahmi yang berada di depannya.Dia selalunya murah dengan senyuman nanum tak tau la kenapa di depan Fahmi dia langsung tak berselera nak sedekahkan senyuman dia tu.
“Eh..tak kan tak  tau?Kan  saya  baru  cakap  tadi  masa  kat  kelas.”
“Oh..Aku  tak  dengar.”jawab  Sumayyah  selamba.Memang kenyataanya begitu.
“Muhammad Fahmi  Iskandar bin  Muhammad.Kelas 4 Delima”
Sumayyah  mencatit  maklumat  tersebut  di  dalam  buku  nota.
“Esok  bawak  2 ringgit..”Sumayyah  memberi   arahan.
“Ok.”jawab Fahmi  sambil tersenyum.
*********************
“Su!!Cikgu  Asri   panggil.Bilik  kaunseling.Sekarang.Urgent!”Sumayyah  terkebil-kebil  mendengar  kata-kata  Alia yang  kelihatan  seperti   lepas  lari  pecut 200 meter.